Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberikan kehidupan di muka bumi yang bertuah ini. Alhamdulillah, masih dapat menikmati kehidupan yang indah disamping insan tersayang walau ada kalanya sukar untuk diluahkan. Kejutan yang tak berapa nak terkejut sangat dihargai.. Love u so much...
Terima kasih juga buat keluarga tercinta, insan tersayang, saudara-mara dan sahabat handai yang mengingati hari lahirku. Sempena mencecah hari yang menzahirkan umurku yang sudah meningkat ini, hanya seperkara yang aku harapkan agar hari-hari yang mendatang dapat dikurniakan kesihatan dan kekuatan agar seluruh kudratku ini dapat disumbangkan untuk kepentingan ummah dan AgamaNya.
Syukur yang tidak terhingga di atas segala nikmatNya samada sedar atau tidak! Terima kasih mak dan abah kerana bersusah payah melahirkan dan membesarkan saya! Semoga Allah swt memberikan syurga tertinggi kepada mak dan abah kelak. Aamiin..


3 comments:
Alhamdulilah kene sentiasa bersyukur dgn setiap nikmat yang kita ada :D
wah sdapnyaaa cakee . baru terpandang postt ni . hehe . May Allah bless youuu :*
Alhamdulillah, terima kasih Time Traveller
Post a Comment