Tuesday, September 16, 2014

Mengapa perlu IRI HATI dengan saya?

Percaya tak ramai antara kita yang iri hati? 
Maksud iri hati berasal dari perasaan tidak puas terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain.


Rasa iri hati boleh melanda sesiapa saja dan di mana saja, jika di masjid atau surau iri hati kerana orang lain lebih menonjol kepandaiannya, di tempat kerja ada yang iri hati pada rakan sekerja yang lebih berhasil dan menduduki jawatan yang lebih tinggi, di dalam keluarga ada yang iri hati kerana kakak atau adik lebih diperhatikan orang tua dan sebagainya. Macam-macam jenis ada perasaan iri hati ini!

Perlu kita sedari bahawa perasaan iri hati tidak membawa kebaikan bagi kita, malah iri hati tidak hanya merugikan orang lain, tetapi juga merugikan diri sendiri serta iri hati akan menyebabkan diri sendiri merana.

Mengapa perlu menyiksa diri andai iri hati tidak mendatangkan makna pada diri kita?

Orang yang iri hati akan rasa berdukacita atas kejayaan orang lain dan sebaliknya ia bersukacita atas kegagalan orang lain. Ia tidak suka bila ada orang lain lebih baik atau lebih sukses dari dirinya.

Orang yang iri hati juga cenderung atau suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain, akibatnya ia sendiri menjadi sangat tertekan dan kehilangan damai sejahtera pada dirinya sendiri.

Perkongsian ilmu tanpa batasan
Ida Kamilia Mudzakir


Mempunyai kelebihan merupakan suatu kurniaan Allah yang patut di syukuri. Namun itu, tidaklah menjamin membuatkan orang atau sahabat disekeliling kita menjadi suka akan kelebihan kita itu.

Kadangkala kelebihan yang dimiliki seseorang menjadi sasaran kedengkian dan iri hati orang di sekitar hidup kita.

Sifat buruk ini boleh terjadi pada setiap manusia dalam pelbagai perkara. Antara lain, perasaan Iri hati kepada jiran setaman yang mempunyai kereta baru, iri hati kepada rakan sepejabat yang lebih berjaya, teman yang lebih bijak, bergaya, rupa yang cantik atau kacak. Dan lain perkara lagi.

3 tips yang boleh dilakukan dalam menghadapi manusia-manusia yang iri hati kepada kita. Di antaranya adalah :

1. Menjaga Sikap Dan UcapanKita perlu bermuhasabah diri kita yang menyebabkan kenapa sahabat atau orang di sekeliling kita merasa iri hati kepada kita. Kadangkala kita tidak menyedari bahawa ucapan atau sikap yang kita tunjukkan membuat orang lain sakit hati, sedih atau marah.

2. Mengelakkan Diri
Apabila kita menghadapi situasi di mana kita berhadapan dengan sahabat atau orang yang iri hati dan terpancing emosinya, sebaiknya kita menghindar diri buat sementarawaktu.

Jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.

Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita.

3. Berbincang Dari Hati ke Hati
Ajak orang tersebut bercakap dari hati ke hati. Tanyakan apa yang membuatkan dia terasa hati, dan jangan lupa untuk memohon maaf apabila kita salah dalam sikap dan ucapan kita.

Kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan.
4. Mengelakkan Iri Hati Dengan Berdoa
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.


Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang yang merasa iri hati kepada kita dilembutkan hatinya dan dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat iri itu merupakan penyakit hati.

No comments: