
Perasaan bosan boleh menyusahkan diri individu dan masyarakat. Ianya selalu dikaitkan dengan kes bunuh diri, keciciran sekolah, jenayah, ketagihan dadah, gangguan pemakanan, masalah seksual, produktiviti rendah, hilang keyakinan diri dan masalah kesihatan. Selain itu, mereka yang cepat merasa bosan cenderung membuat keputusan kurang tepat yang cuma merosakkan diri.
Menurut satu teori, terdapat tiga (3) alasan kenapa orang mudah bosan termasuk:-
1. Tidak melakukan sesuatu yang menarik atau mencabar.
2. Terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan jika tidak mempunyai autonomi dan sekadar 'mematuhi peraturan' yang dibuat oleh seseorang.
3. Kerja yang mencabar sekalipun, apabila perlu mengambil keputusan, boleh membosankan jika kita tidak memikirkan kerja itu sebagai sesuatu yang wajar.
Minat dan Ceria Atasi Bosan
Perlu memahami dua (2) perkara:-
1. Bagaimana menceriakan hidup dengan sentiasa mencuba perkara baru. Keindahan dan pengalaman dalam hidup perlu dianggap sebagai sesuatu yang biasa, menyenangkan dan bersesuaian.
2. Jika semua perkara benar-benar membosankan, sehingga membuatkan anda seolah-olah hilang akal, mungkin terdapat perkara lain yang lebih besar yang membosankan. Punca masalah perlu dicari kemudian cari jalan untuk membiasakan diri dengan kehidupan pahit (belajar daripada pengalaman orang lain) dan mencari keseronokan dalam pilihan untuk masa depan.
Tujuh (7) Cara Memotivasi Diri
1. Kembangkan Kemahiran - melalui pendidikan berterusan, memupuk bakat, sentiasa dicabar dari segi kepintaran akal bagi kerja yang dikendalikan dan menampung kekurangan dalam jangka panjang. Belajar dengan segala ilmu yang baru dan janji memahirkan diri dengannya supaya dapat menghilangkan kebosanan.
2. Dapatkan Cabaran Baru - lakukan kerja secara sukarela sungguhpun ia tidak termasuk dalam bidang tugas anda. Jika anda berasa telah berada di kemuncak, pertimbangkan untuk melakukan sesuatu yang baru atau minta ditukarkan ke jabatan lain.
3. Berehat Sekejap - Bila kali terakhir anda bercuti? Pastikan anda bercuti untuk 'recaj' selepas menghadapi tugas yang sukar dan membebankan.
4. Buat Perubahan Besar - jika sesuatu tugas menjadi rutin, cari jalan untuk mengubah kebiasaan itu. Susun semula tugas yang pernah dilakukan sebelah pagi dengan melakukannya di waktu tengahari.
5. Bersenam - memberi manfaat kepada mental, emosi dan fizikal. Berjalan pantas ketika waktu makan menambah tenaga dan membolehkan anda berfikir dengan lebih jelas.
6. Rebutlah perkara terbaik untuk diri - cuba untuk berjaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Mempunyai keyakinan dengan kebolehan diri akan menaikkan motivasi, selain menambah keyakinan majikan dan rakan setugas terhadap kebolehan anda.
7. Dapatkan maklum balas - elakkan daripada terlalu mengkritik prestasi diri. Apabila anda telah berusaha melakukan yang terbaik, berbanggalah dengannya. Jika muncul cara-cara unutk meningkatkan prestasi diri, dapatkan pandangan daripada penyelia, kemudian cubalah baiki prestasi anda.
Tiada Saat Yang Membosankan
1. Fahami Erti Hidup - di sebalik tekanan untuk meneruskan pekerjaan yang sedia ada, anda juga berhak menikmati kehidupan anda sendiri. Jika kehidupan sebagai pekerja asyik membosankan, berusahalah untuk mengubah keadaan.
2. Dapatkan Gambarannya - di sebalik mengutamakan perkara yang tidak diingini sama ada kerja yang sia-sia, politik dalam pejabat yang membosankan atau kemampuan anda diperlekehkan, mulakan dengan gambaran yang positif mengenai apa yang anda mahu.
3. Cintai Kerja - orang yang kuat menyukai pekerjaan yang dilakukannya kurang cenderung berasa bosan dan lebih mudah berjaya.
4. Menjalin Hubungan - kunjungi perpustakaan atau sertai sesebuah pertubuhan. Memberikan bantuan secara sukarela kepada mereka yang memerlukan kerana ianya menyeronokkan. Persoalan terpenting mengenai kehidupan ialah apa yang anda lakukan untuk orang lain?
5. Dapatkan Sokongan - semangat yang berkobar-kobar adalah umpama wabak penyakit berjangkit, tetapi ia juga bersifat optimis. Elakkan mereka yang gemar mengatakan tidak dan berusahalah mecari orang yang berkongsi minat dengan anda.
6. Terus Maju ke Depan - sebaik mengambil langkah pertama dan meneruskan perjalanan, anda merubah keadaan menjadi lebih baik.

Penawar kebosanan adalah sifat ingin tahu - Ellen Parr.
Tiada sesiapa berasa bosan bila melakukan sesuatu yang indah @ menemui sesuatu yang benar - W.R. Inge.
No comments:
Post a Comment