Kesejahteraan emosi menjadi tunjang kepada kesihatan yang baik di dunia hari ini di mana penyakit mental dan fizikal dikaitkan dengan ketidakupayaan untuk menangani stres dalam kehidupan moden. Emosi yang negatif sering dikaitkan dengan kesihatan fizikal yang lemah. Kemarahan berisiko menaikkan paras kolestrol dan serangan jantung sehingga 300%.
Marah didefinisikan sebagai perasaan benar-benar tidak selesa dan dipengaruhi oleh sesuatu yang benar atau salah. Kemarahan adalah keadaan emosi yang berbeza-beza yang lahir daripada sekadar rasa tersinggung kepada kemarahan yang meluap-luap. Perasaan marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat. Tetapi apabila kemarahan sudah tidak dapat dibendung, ia boleh menimbulkan masalah dalam hubungan antara manusia sehingga kadang kala menjejaskan kehidupan. Kemarahan boleh berpunca daripada kejadian dalaman dan luaran yang berlaku dan juga boleh disebabkan perasaan bimbang atau asyik memikirkan masalah peribadi.
Diluah atau Disimpan?
Kemarahan adalah respon semulajadi kepada ancaman; yang mengilhamkan perasaan dan tingkah laku yang kuat dan seringkali menjadi ganas, membolehkan kita melawan dan membela diri apabila dikasari atau diserang. Justeru, kita tidak boleh melemparkan kemarahan dengan sesuka hati kepada insan atau perkara yang menyinggung perasaan kita; undang-undang, norma sosial dan perkara yang boleh diterima akal membatasi sejauh mana kemarahan boleh ditunjukkan. Tiga pendekatan utama yang sering digunakan ialah meluahkannya, menyembunyikannya dan menenangkan diri. Enggan meluah perasaan merupakan mitos paling berbahaya kerana ianya membiarkan marak dengan api kemarahan yang mampu mendorong kemarahan dan tindakan ganas, jauh sekali untuk menyelesaikan masalah.
4 Rupa Marah
Tidak Adil - peraturan mengenai tingkah laku bergantung secara fisiologi menjadi mangsa ketidakadilan atau tidak setia.
Terluka - berasa diri tidak dihormati, dipinggirkan atau tidak dipedulikan secara psikologi ada masanya juga fizikal (apabila emosi mempengaruhi kesihatan).
Pencerobohan - kebebasan, autonomi, sempadan dan ruang diri semakin terbatas, diganggu dan diceroboh.
Niat - lahir kesungguhan untuk berbuat sesuatu tentang ketidakadilan, kecederaan dan pencerobohan. Bersedia sama ada disedari atau tidak disedari untuk bertindak balas terhadap keresahan emosi.
Meredakan kemarahan
Ubah cara berfikir - ketika marah, pemikiran akan menjadi negatif dan dramatik, namun ianya perlu diubah menjadi sesuatu yang lebih rasional.
Memperbaiki komunikasi - orang yang pemarah cenderung 'melatah' dengan mudah membuat kesimpulan yang kadang-kadang tidak tepat. Perlu banyak bersabar dan beri ruang untuk bernafas, tetapi jangan biarkan kemarahan menjadikan perbincangan tidak dapat dikawal. Bersabar sambil cuba bertenang boleh mengelakkan keadaan menjadi bertambah teruk.
Ubah persekitaran - persekitaran boleh menyebabkan kita meradang dan marah. Kasihani diri, luangkan sedikit masa untuk diri sendiri ketika benar-benar tertekan.
Apabila anda tersinggung dengan kesalahan seseorang berpalinglah kepada diri anda dan kaji kegagalan sendiri. Anda akan lupa pada kemarahan yang ada - Epitetus.
Jika anda bersabar dalam sedetik kemarahan, anda akan terselamat daripada kedukaan seratus hari.
No comments:
Post a Comment