Monday, July 2, 2012

Bertimbang Rasa

Duhai mata,
Kau pasti sudah penat dan lelah melihat apa yang terjadi,
Saban hari manusia tidak bertimbang rasa,
Bercakap sahaja apa yang terlintas di fikiran.
Lantas hati tertanya,
Adakah mereka tenang bila menuturkan segala cacian makian...
Adakah mereka gembira melihat kesusahan kepayahan?

Fikir ...Cuba fikir sejenak ...
Sebelum membahan seseorang,
Sebelum mengutuk seseorang,
Sebelum mencaci memaki seseorang,
Sebelum memerli seseorang,
Sebelum mengata itu ini seseorang,
Adakah hal itu akan buat dia terasa hati?
Adakah hal itu akan buat dia sedih?

Mungkin kamu jenis orang yang cakap lepas,
Mungkin kamu jenis orang yang bercakap tanpa memikirkan orang lain,
Tapi bertimbang rasa lah... Lihatlah orang sebelum berkata...
Lihatlah situasi sebelum mencerca..
Lihatlah sekeliling sebelum mencela..

Kerana.. Rumah mungkin boleh direnovate, tapi hati?
Mungkin boleh .. Itu pun kerana dipaksa dan terpaksa =)

Amirah Jafri

No comments: